Sunday, May 15, 2011

Arrahnu Agro Bank dah tak terima Goldbar dan Dinar

Assalamualaikum semua,
Saya harap anda pembaca dan peminat-peminat emas semua berada di dalam keadaan sihat selalu hendaknya.Sudah agak lama saya tidak update blog ini..dan kali ini tajuknya agak panasss..huh

Jangan panik dan terkejut ye bila baca tajuk di atas..ramai jugak yang bertanya adakah betul arrahnu Agro bank dah tak terima goldbar dan dinar..jawapannya memang betul..saya pun tak pasti kenapa dan mengapa..kemungkinan yang pasti kerana terlalu ramai yang telah merempit (menggadai)..ermmmmm.

Walau apa pun anda semua janganlah panik kerana kita perlu tahu apa tujuan kita menyimpan emas..1)emas adalah penyimpan nilai yg baik 2)mengelakkan daripada kebocoran dan ketirisan wang 3)menampan wang daripada dimakan inflasi.

Jika anda semua faham kenapa dan mengapa kita perlu menyimpan emas anda tak akan risau..saya faham, ada sesetengah pelabur perlukan cash money..dengan adanya emas ditangan,anda tak perlu risau.. anda boleh jual blk kpd dealer @ syarikat bila harganya dah mahal..jika kita menyimpan untuk tempoh yang lama seperti 5-10 tahun di mana2 sahaja kita boleh menjualnya dan sudah pastinya menguntungkan..kerana emas sentiasa bernilai..yang penting pastikan emas itu adalah tulin..

Sampai di sini saja dahulu perkongsian saya buat kali ini..saya harap anda semua jadilah pelabur yang bijak..wassalam.

No comments:

Post a Comment