Monday, October 24, 2011

BUDGET MEMBELI EMAS

Assalamualaikum..wth

Saya harap semua pembaca sekelian berada di dalam keadaan sihat hendaknya.Harga emas PG pada waktu ini masih lagi berada dalam lingkungan usd16**,so masih rendah dan kepada pelabur di luar sana yang masih belum membeli @ yang ingin menambahkan koleksi emas anda bolehlah melakukannya sekarang ini sebelum harganya terus meningkat.

Setiap orang ada budget tertentu untuk membeli emas kan?Bergantung kepada berapa byk lebihan wang yang ada ye..bukan wang yang perlu digunakan utk membeli keperluan seharian..ada orang yang ada budget tapi tak tau nak memilih bagaimana nak membuat belian..ok di sini saya akan ceritakan serba sedikit bagaimana dan apa yang perlu dibuat ye..bagi pelabur yang mempunyai budget yang sedikit anda boleh memilih item2 yang bersaiz kecil spt 1 dinar dan 10g..ini kerana harganya lebih murah..contohnya Ali mempunyai RM5,000..belian yang perlu dibuat oleh Ali adalah 1 dinar, 4pcs (emas 916) dan 10g goldbar(emas 999.9) 1pcs..

Dan bagi pelabur yang mempunyai budget yang besar spt RM50 ribu @ RM100 ribu dan ke atas pula saya sarankan anda membeli emas PG yang bersaiz besar spt 250g,100g kerana margin keuntungannya lebih besar..

Ok saya berharap apa yang cuba saya sampaikan ini boleh menjadi panduan kepada anda semua yang baru berjinak2 dalam pelaburan emas ini..
Sehingga berjumpa lagi dilain waktu ye..wassalam.

No comments:

Post a Comment