Saturday, December 4, 2010

Harga Emas Semakin Tinggi...WOW!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat2 dan pelabur2 emas...hehe..saya percaya semua peminat dan pelabur emas sekarang ni dok senyum tak benti2 sebab kenaikan harga emas yang melonjak tinggi hari ini..saya pun teruja dan best sgt2..
Di sini saya ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan di dalam blog saya ini..dan sudah agak lama saya tidak update blog ni..disebabkan kesibukan dgn tugas2 seharian..
Haaa..hari ni saya nak cerita pasal kenaikan harga emas yang tinggi dan memang bestlah..sesape yang dah beli tu akan tersenyum puas dan sesape yang masih dok tunggu harga emas rendah baru nak beli tu mesti akan cakap cam ni..ish rugi tul aku tak beli ritu...hahaha...tapi xpe apa2 pun anda masih belum terlambat untuk membeli dan meyimpan kerana harga emas sentiasa meningkat..beli sekarang tahun depan dia akan jadi mahal jugak kan!kan!hehe..mcm saya mula2 beli dulu la jugak pada bulan April 2010..harga pada masa tu bagi saya tinggilah dan saya nak beli tapi nak tunggu dia turun sikit baru nak beli..saya beli kat MD Amir..hehe..masa tu mesti Amir boring ngan saya sebab nak tunggu harga rendah sikit baru nak beli...kekeke..sekarang ni baru saya tau..beli aje xpe..harga emas akan naik dan jadi mahal..memang berbaloi2..ermmmm..jgn tunggu harga rendah..
Untuk pengetahuan anda semua..ada orang yang bertanya saya..adakah kita akan rugi jika membeli emas sebab harga emas kadang2 turun dan kadang2 naik..jawapan saya senang je..emas adalah pelaburan jangkamasa panjang so..klau kita ada lebihan duit memang kita takkan rugi membeli emas..kalau harga emas turun pun biasanya tak lama dan paling teruk pun dalam tahun 2008..graf dia statik selama 8 bulan..selepas itu dia naik dan naik sehinggalah sekarang ini..satu lagi sebab saya kata untung beli emas ni kerana bila harga barang naik secara tak langsung harga emas juga akan naik..bila dah ramai orang yang sedar dan membeli emas sebagai aset maka harga emas akan naik juga..dan byk faktor lagilah yang akan menyebabkan harga emas ni naik..so takkan anda masih nak simpan rm? yg memang akan susut nilainya disebabkan inflasi...fikir2kan lah ye...tiada paksaan..saya just share apa yg saya tau aje...hehe.
Bagi anda yang masih belum tau mcmana nak check harga emas PG ni bolehlah ke website www.publicgold.com.my...dan nak tgk graf kenaikan dan penurunan harga emas di dalam sebulan ke, setahun ke,10 tahun ke, anda boleh ke website www.kitco.com..
Ok hanya sampai di sini sajalah perkongsian saya pada kali ini..saya pohonkan kemaafan jika ada tersalah silap n terkurang apa2 tu ye..sehingga jumpa lagi..bye.
SHARING IS CARING

No comments:

Post a Comment