Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432 dan salam maal hijrah saya ucapkan kepada anda semua,semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ini akan bertambah iman dan taqwa kita kepada Allah..amin.
Esok kita semua akan menyambut awal muharam dan seiring dengan azam kita untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi insan yang kamil..saya juga menyeru kepada anda semua marilah kita bersama-sama berhijrah dengan bertukar daripada menyimpan wang kertas kepada emas.Kenapa saya berkata begitu anda boleh baca kat bawah ni ye..


Fakta Mengenai Pelaburan Emas di Malaysia

1. WUJUD tapi tak sedar - Pelaburan emas adalah membeli dan menyimpan jongkong emas @ lebih dikenali dengan nama goldbar 999 atau dinar 916. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Harga belian mengikut pasaran semasa dan tidak boleh dimanipulasi.

2. SAH tapi ragu-ragu - Pelaburan emas adalah SAH mengikut undang-undang seluruh dunia. Pelaburan emas adalah sama seperti membeli aset dan menjualnya semula bagi mendapatkan keuntungan.

3. TAHU tapi tak bertindak - Semua tahu harga emas sentiasa naik tetapi tak terfikir untuk menyimpannya sebagai suatu bentuk pelaburan.

4. HENDAK tapi tak beli - Beberapa tahun lepas emas hanya berharga RM40/gram dan orang kata mahal. Kemudian emas naik RM80/gram pun orang kata mahal. Sekarang emas RM140/gram pun orang masih kata mahal. Jadi harga emas mahal hanyalah satu alasan untuk tidak merebut peluang dan terus membiarkan diri melihat orang lain meraih keuntungan.

5. BELI tapi tersalah pilih - Untuk tujuan pelaburan beli dan simpan emas jongkong 999 supaya mendapat keuntungan yang maksimum. Barang kemas tidak sesuai untuk tujuan pelaburan kerana harganya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.


----- $ $ $ $ $ $ $ $ $ -----


Fakta Mengenai Kenaikan Harga Emas

Siapa kata membeli emas adalah rugi?

Pernahkah kita terfikir mengapa sesebuah negara menyimpan emas sebagai rezab negara? Jawapannya adalah kerana emas mempunyai nilai kukuh yang dapat menyelamatkan negara ketika berlakunya kemelesetan ekonomi. Jadi mengapa tidak kita juga menyimpan emas bagi melindungi dan mengukuhkan ekonomi kita sendiri?

Ini adalah statistik harga emas dari laman web rasmi Bank Negara Malaysia. Kira sendiri berapa keuntungan yang diperolehi jika anda adalah pelabur emas pada tahun 2006.

Pada 3/1/2006 harga 1oz emas adalah RM2,070.00

dan.....

Pada 29/9/2010 harga 1oz emas adalah RM4,282.00

Anda telahpun mendapat pulangan lebih 100% dalam masa kurang 5 tahun. Inilah yang dikatakan pelaburan sebenar. 

Kerana itu jugalah ada ungkapan "He who owns the GOLD makes the RULES"

-->>> Klik sini untuk melihat harga di laman web Bank Negara Malaysia <<<--


----- $ $ $ $ $ $ $ $ $ ------


Apa Kata Pelabur Mengenai Masa Depan Emas?

Ini adalah klip rancangan berita ekonomi yang disiarkan oleh RTM dan ASTRO Awani. Siaran rancangan ekonomi biasanya bukan berbentuk publisiti keterlaluan seperti iklan yang menjanjikan itu ini tetapi lebih kepada fakta kerana ianya berdasarkan kajian dan maklumat tepat semasa.

--->>> Klik sini untuk melihat klip berita RTM dan ASTRO Awani <<<---


----- $ $ $ $ $ $ $ $ $ ------


Mengapa Kita Tidak Melabur Emas Dari Dulu Lagi?

Jawapannya sangat mudah. Kita telah lama diumpan dengan pelaburan jenis Amanah Saham dan sebagainya. Pernahkah anda terfikir berapa sebenarnya keuntungan dividen yang anda perolehi dari sesuatu pelaburan? Sekiranya 8% setahun, anda perlu tolak inflasi pada kadar 4% dan tolak 2.5% jika ianya belum dibayar zakat. Bakinya cuma 1.5% setahun. Itulah yang anda dapat. Bagaimana pula dengan pulangan emas 18-25% setahun?

Berikan diri anda peluang. Jika anda tahu apa yang anda lakukan, apa yang anda laburkan, pulangannya pasti menguntungkan.


----- $ $ $ $ $ $ $ $ $ ------


Beli Emas Anda Sekarang

Mudah! Anda boleh lakukannya sendiri!

1. Lawati www.publicgold.com.my untuk emas jongkong 999 , www.publicdinar.com untuk emas dinar 916 atau www.publicjewellery.com.my untuk barang kemas dan daftar.

2. Anda akan menerima pengesahan pendaftaran melalui email yang didaftar. Periksa spam mail jika masih belum terima di dalam inbox. Aktifkan akaun anda.

3. Login semula ke laman web berkenaan. "Klik Order atau Tempahan".  Buat tempahan emas yang anda ingin beli dengan harga semasa.


4. Pilih kawasan / negeri untuk anda collect emas anda nanti.

5. Penting : diruangan "add comment" taip A0835.

6. Sales Order (SO) akan dihantar ke email anda. Pihak Public Gold akan menghubungi anda dan bayar mengikut arahan yang tertera pada SO. Simpan slip asal untuk membuat tuntutan emas tersebut di pejabat Public Gold berhampiran.

atau.....

Anda juga boleh menghubungi saya untuk membeli emas secara terus.
 
Sekarang anda tentu dah faham kan kenapa kita harus menyimpan emas..so keputusan di tangan anda,tepuk dada tanyalah kewangan anda..hehe..

Salam Maal hijrah dari saya sekali lagi..Wassalam.

No comments:

Post a Comment