Selamat Datang ke Blog RaziEmas4U ...Emas adalah pelaburan yang terbaik..Simpanan yg menguntungkan..pengikat wang..money magnet..jom simpan emas!!
Tuesday, January 25, 2011
EMAS PENGUKUR PERGERAKAN MATAWANG (FIAT)
LONDON 8 Nov. - Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang. Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times. Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.
''Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,'' tambahnya. Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport. Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.
''Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,'' menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan. China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot. Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.
Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas. Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment