Assalamualaikum semua..
Agak lama saya tidak mengupdate blog ini buat tatapan dan bacaan anda semua lantaran kesibukan dgn rutin seharian..ok hari ni saya nak ceritakan mengapa kita perlu simpan emas..dan mengapa dikatakan emas adalah kekayaan yg sebenar..jom baca..
Sejak manusia mengenali emas, ia telah menjadi pilihan bagi melambangkan kekayaan, kekuasaan dan kejayaan.
Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik serta agak lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek2 perhiasan yang cantik.
Manusia memilih emas sbg penyimpan kekayaan kerana:
1. Warnanya kuning keemasan yg sgt menarik dan tidak akan pudar.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Mudah dibahagikan kepada unit yg kecil tanpa menjejaskan nilainya.
4. Ia sukar diperolehi.
Sejarah penggunaan emas sbg wang blh dilihat 6000 thn yg lalu. Orang2 Mesir tlh menggunakan jongkong emas yg di cop nama firaun Menes sbg medium pertukaran.
Ketika itu, sesiapa yg memiliki emas maka dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki byk emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki byk emas, maka dia juga dianggap org kaya dan berkuasa.
Selain itu juga emas tdk boleh dibinasakan. Ia tdk boleh terbakar, tdk reput, tdk busuk, tdk berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh2an tdk blh menjadi penyimpan kekayaan.
Ini kerana di dlm jangka masa panjang kesemua benda2 tersebut akan binasa.
Ha!! tunggu apa lagi, jom! kita bertukar dari simpanan wang kertas kepada emas..kerana emas sentiasa benilai tinggi..berminat boleh menghubungi saya ye..0194887501(razimah)
Ok sampai di sini dulu ye..semoga anda semua mendapat sedikit info dan pengetahuan tentang emas..
No comments:
Post a Comment