Assalamualaikum..wth dan salam sejahtera..
Hari ini saya nak cerita macamana bermulanya detik dan saatnya saya mengenali emas Public Gold ni...ok ceritanya begini..Pada penghujung tahun 2009 saya telah hadir ke Seminar Rahsia Tarikh Lahir dari Dr Azizan Othman pakar motivasi yang glamour dan terkenal tu yang diadakan di dewan besar tempat saya keja jugak di Kolej universiti insaniah Kedah..dlm seminar tu Dr Azizan telah mengesyorkan sesiapa yang nak mengikat wang mereka daripada kebocoran @ ketirisan dengan membeli emas dan dengan cara itu juga dapat menggandakan wang kita...dalam seminar itu juga ada seorang guru perempuan dia telah berkongsi pengalaman dia di mana setahun yang lalu dia dah dengar seminar Dr Azizan dan telah buat sepertimana yang Dr Syorkan dengan membeli emas..dia telah buat loan dengan membeli emas..dan dia bersyukur kerana sekarang dia tidak perlu mengusik wang gajinya kerana hasil keuntungan daripada kenaikan emas yang dia beli setahun yang lalu dah cukup untuknya berbelanja...saya teruja nak tahu macamana dia buat dan emas tu dia dapatkan di mana..tapi saya tak dapat contact cikgu tu sebab orang yang hadir kat seminar tu ramai sangat..slps dia berkongsi tu saya dah tak tau dah nak cari dia..Dr azizan syorkan pada masa tu dia hanya tahu maybank dan public bank sahaja yang dok buat jual beli emas ni...tapi apa yang tak bestnya sebab kita perlu membuka akaun di bank tersebut dan jual beli hanya di kertas dan kita tak dapat emas fizikal mcm yang Public Gold buat ni..dan kata ustaz zahazan pulak urusan jual beli begitu diragui sebab tak nampak emas tu..so selepas saya dah buka akaun kat maybank dan telah mencuba sebulan saya buat keputusan tutup akaun..memandangkan urusan jual belinya juga leceh kerana setiap kali nak jual kena berurusan di kaunter bank dan terpaksa menunggu giliran..
Saya fikir mesti ada lagi tempat yang saya akan dapat membeli emas fizikal ni..so secara tidak sengaja saya telah terjumpa website jutawanemas.com di mana banyak maklumat tentang emas yang saya dapat di situ..setelah beberapa hari saya membaca isi kandungan di web itu..saya telah menghantar msg kepada admin web itu iaitu Mahaguru en syukor hashim..tapi tiada balasan..saya fikir mungkin sibuk agaknya..dan saya juga terjumpa no phone Pok li kat dalam tu yang merupakan otai dalam Perniagaan emas Public Gold ni...dan saya telah forward msg yang sama juga..dan tanpa disangka2 msg saya telah dibalas dgn cepat dan pantas..he3...terima kasih Pokli..dan Pokli telah menghantar agen di bawah rangkaiannya yang berada di Penang iaitu en Amir Firdaus untuk bertemu dengan saya di Alor Setar..yang seronoknya kita sebagai pembeli tak perlu pening2 nak cari agen sebaliknya diorang yang akan datang mencari kita..senang kan?hantar je msg terus diaorang datang cari kita...ok selepas pertemuan pertama itu dalam awal bulan April 2010..saya telah bersetuju nak beli tapi saya nak en Amir lock kat saya dulu bila harganya turun sikit..selepas seminggu saya dimaklumkan harga emas telah turun sedikit dan Amir telah lock kan harga pada waktu itu 1pcs goldbar 20g rm2627 (2pcs)..sekarang ni harganya dah rm2882 dan 1pcs goldbar 50g rm6536...harga skg ni rm7172(untung dah kan??)...itulah pembelian pertama saya pada 19/04/2010..
Terima kasih kepada admin web jutawanemas iaitu en Syukor Hashim kerana telah memberikan banyak maklumat yang berguna tentang emas ini sehingga saya bertemu dengan emas Public Gold ini..dan terima kasih juga kepada Pokli sebab telah reply msg saya dengan segera..dan terima kasih juga kepada Amir Firdaus yang telah turun ke Kedah dari Penang sebanyak 2x utk bertemu saya di KFC dan di RFC..he3..dan terima kasih juga kepada Nik Nor Azan kawan Amir sebab temankan Amir dan belanja saya..he3..
Setelah saya membeli emas, saya dah kenal ramai kawan2 yang telah membeli dan menjadi agen di facebook..atas dorongan dari mereka saya telah mendaftarkan diri sebagai agen pada 28/8/2010..dan kini saya telah aktif sebagai agen/dealer yang berdaftar dengan public Gold Fine Sdn Bhd..sebelum ni saya tak terlintas pun nak jadi agen sebab saya fikir susah nak jual dan saya wanita agak bahaya kan...tapi sebenarnya tak pun..kita share benda ni dengan kawan2 yang kita kenal dan sedara mara dengan mengajak mereka menyimpan dengan membeli emas itu saja..bagi yang berduit dan memang dah tau tentang kelebihan simpanan emas ni memang tak cakap banyak dan terus membeli..bagi yang tak mau tiada paksaan sebab namanya pun menyimpan kan..he3..sebab itulah saya suka dengan perniagaan emas Public Gold ini..pertamanya senang untuk mendapatkan stok..just lock kan harga yang kita nak melalui online @ sms kpd staf PG..urusan boleh dibuat 24jam..kita juga boleh pantau harga emas semasa di website www.publicgold.com.my...harga emas akan berubah 20minit sekali...so bila harganya rendah sikit dari biasa kita boleh terus lock..itulah kelebihan PG daripada kedai emas..urusan jual/beli yang mudah,stok yang banyak sebab PG adalah pengeluar emas dan mempunyai kilangnya sendiri..Jangan risau tentang ketulenan emas PG kerana anda boleh check dulu ketulenan emas tersebut..
Anda boleh memilih samada anda ingin menjadi menyimpan sahaja dengan membeli emas PG sebanyak mungkin(beli sekaligus @ sikit) dan simpan, tunggu harga naik selepas setahun ke atas dan jual bg mendapatkan keuntungan....ataupun anda ingin menjadi peniaga anda boleh beli dan jual..saya akan ajarkan cara2 bagaiamana ingin menjadi penjual..insya-Allah..pilihan ditangan anda..tiada paksaan..kami sebagai agen boleh memberi tunjuk ajar jika anda tidak faham tetapi ingin menjadi saudagar emas..boleh hubungi saya di no: 0194887501(razimah) saya sedia membantu anda.
Nak tau lebih lanjut lagi tentang kelebihan simpanan emas ni jom ikut saya ke Seminar Perniagaan Emas Public Gold yang akan diberikan oleh en Syukor hashim pada 22/9/2010,bertempat di Sungai petani Kedah..jam 8.30-10.30 mlm.
berminat contact saya ye. 0194887501(razimah)
Sekianlah dahulu perkongsian saya pada kali ini...jumpa lagi ye..
No comments:
Post a Comment